Jumaat, September 12, 2008

KAMI DIKEDAH



Aku, Faisal Taha (nama pembantu Khas Datuk dengan nama aku sama je) dan Datuk Rahim Abu (Mantan Setiausaha Politik Dato Azalina) ada tugas di Kedah. Kami bertolak ke Kedah dari KL. Sepatutnya kami pergi ke Penang semalam tapi memandangkan meeting di Penang Batal maka kami relax sehari di KL. Di KL kami ke pejabat UMNO Luar negara dan mengambil sedikit bahan untuk tugasan kami di utara.
Letih perjalanan dari KL dan sampai di Kedah jam 5.30 petang. Lepas check in kami terus ke Pekan Rabu yang berhampiran dengan Hotel kami REGENCY yg dulu Hotel ni namanya Grand Con... Tak banyak yang aku buat dalam cuma YAB. Ketua Menteri Melaka (CM) call aku berkenaan apa yang Datuk Muhyidin Yassin beri statemen pasal peralihan kuasa. Dia tanya aku pasal statement dia cuma akhbar keluarkan separuh sahaja. Aku kata biasalah tu newspaper.

Tiada ulasan: